Pages

Monday, March 21, 2016

Berhati-hati dengan penggunaan nama afeeQa.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Dalam minggu lepas, kami dikejutkan dengan penipuan yang menggunakan nama afeeQa untuk pengambilan model dan ada dibuat event di 1 Borneo.
Kami hanya menyuruh menghantar 3 keping gambar dan dihantar ke emel sahaja.
Jika kami membuat pengambilan atau event, kami akan war-warkan di Media Sosial.  Oleh itu orang ramai diminta berhati-hati dan jangan terlalu mudah untuk membuat transaksi tanpa kepastian terlebih dahulu.
Dalam zaman serba canggih dan teknologi di hujung jari, manusia boleh membuat apa sahaja dengan mudah untuk mendapatkan wang. Berhati-hati.
Pihak afeeQa telah membuat laporan polis untuk kes ini kerana nama afeeQa telah dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bersama kita saling ingat-mengingati.

Tuesday, March 15, 2016

Tidak sabar untuk produk baru

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Cuaca agak panas sekarang. Tetapi syukur ada kawasan yang turun hujan.  Ini bermakna bukan semua yang panas.  Itulah kuasa Allah.
Saya sedang sibuk dengan produk baru dan rekabentuk.  Iya memang mencabar.  Siapa kata mudah ya..tambahan kerastangan.
Industri hijab sememangnya sedang pesat sekarang. Pelbagai pilihan dan gaya.  Juga beraneka harga. Tetapi yang pasti afeeQa akan cuba memberikan yang terbaik buat anda semua.
Doakan agar afeeQa berjaya dan dipermudahkan.  Aamiin

Tuesday, March 8, 2016

PANTONE umum 112 warna baru.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Apabila menceburi bidang tudung, hijab ini, banyak perkara yang kita perlu peka,  PANTONE iaitu institut yang bertanggungjawab dalam pemilihan warna.
Baru-baru ini PANTONE mengumumkan 112 warna baru.
Boleh klik disini untuk melihat dengan lebih lanjut.