Pages

Monday, March 21, 2016

Berhati-hati dengan penggunaan nama afeeQa.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Dalam minggu lepas, kami dikejutkan dengan penipuan yang menggunakan nama afeeQa untuk pengambilan model dan ada dibuat event di 1 Borneo.
Kami hanya menyuruh menghantar 3 keping gambar dan dihantar ke emel sahaja.
Jika kami membuat pengambilan atau event, kami akan war-warkan di Media Sosial.  Oleh itu orang ramai diminta berhati-hati dan jangan terlalu mudah untuk membuat transaksi tanpa kepastian terlebih dahulu.
Dalam zaman serba canggih dan teknologi di hujung jari, manusia boleh membuat apa sahaja dengan mudah untuk mendapatkan wang. Berhati-hati.
Pihak afeeQa telah membuat laporan polis untuk kes ini kerana nama afeeQa telah dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bersama kita saling ingat-mengingati.