Pages

Tuesday, September 17, 2013

Kemaskini

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya mengumumkan alamat kedai dan nombor untuk dihubungi bagi tujuan bisnes ini.  Beberapa hari lagi saya akan mengumumkan nombor akaun saya bagi tujuan transaksi dalam talian bagi pembelian tudung atau selendang.  Gambar-gambar juga akan dimuatnaik untuk pilihan tetapi seandainya berada di kawasan berhampiran silalah berkunjung ke kedai kami.  Semoga Allah memberkati perniagaan ini.  Amiin.

Saturday, September 7, 2013

Pilihan jenis tudung mengikut umur.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Setelah hampir 3 bulan menjalankan perniagaan tudung dan selendang ini saya dapati ada pelbagai pilihan tudung mengikut umur.
1.  Kategori Muda.
Bagi kategori ini, mereka lebih suka kepada tudung jenis Bawal, Half Moon, Shawl dan Selendang.  Mereka kurang meminati tudung siap ini kerana mereka mengatakan seperti orang tua.  Itu kebanyakkan pendapat mereka.  Yalah, pada usia ini mereka masih lagi mempunyai masa yang lebih untuk mengikat tudung seperti Shawl atau Selendang.
2.  Kategori Pertengahan dan Seterusnya.
Bagi kategori ini, mereka lebih suka kepada tudung yang siap dipakai contohnya seperti tudung Fareeda dan seangkatan dengannya.  Pada waktu ini, masa sangat mencemburui mereka kerana ada anak-anak dan komitmen yang perlu diselesaikan dengan pemakaian tudung yang ringkas tetapi elegan.  Senang untuk disarung dan tidak perlu digosok.  Betul tak?

Walau apapun kategori kita, perlu kita ingat sebab utama kita bertudung atau berhijab ialah untuk menutup aurat.  Dengan sendiri ia akan mempengaruhi tudung kita.  Jika salah pendapat saya, maaf banyak.