Pages

Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Monday, March 21, 2016

Berhati-hati dengan penggunaan nama afeeQa.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Dalam minggu lepas, kami dikejutkan dengan penipuan yang menggunakan nama afeeQa untuk pengambilan model dan ada dibuat event di 1 Borneo.
Kami hanya menyuruh menghantar 3 keping gambar dan dihantar ke emel sahaja.
Jika kami membuat pengambilan atau event, kami akan war-warkan di Media Sosial.  Oleh itu orang ramai diminta berhati-hati dan jangan terlalu mudah untuk membuat transaksi tanpa kepastian terlebih dahulu.
Dalam zaman serba canggih dan teknologi di hujung jari, manusia boleh membuat apa sahaja dengan mudah untuk mendapatkan wang. Berhati-hati.
Pihak afeeQa telah membuat laporan polis untuk kes ini kerana nama afeeQa telah dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bersama kita saling ingat-mengingati.

Tuesday, March 15, 2016

Tidak sabar untuk produk baru

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Cuaca agak panas sekarang. Tetapi syukur ada kawasan yang turun hujan.  Ini bermakna bukan semua yang panas.  Itulah kuasa Allah.
Saya sedang sibuk dengan produk baru dan rekabentuk.  Iya memang mencabar.  Siapa kata mudah ya..tambahan kerastangan.
Industri hijab sememangnya sedang pesat sekarang. Pelbagai pilihan dan gaya.  Juga beraneka harga. Tetapi yang pasti afeeQa akan cuba memberikan yang terbaik buat anda semua.
Doakan agar afeeQa berjaya dan dipermudahkan.  Aamiin

Tuesday, June 17, 2014

Syukur sudah ada produk sendiri...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Sudah lama tidak menjenguk blog..agak sibuk...Banyak yang berada dalam fikiran..Tetapi tidak lari dari bisnes ini.  Syukur ke hadrat Allah pada 16 Syaaban 1425H,  afeeQa mula menjual produk sendiri iaitu Shawl, Wide Shawl dan Selendang berawning.  Target kami lebih luas dari itu..tetapi itu sebagai permulaan,.
Syukur juga kerana pelanggan membeli dan mendapat feedback yang memberansangkan.  In Sha Allah banyak lagi yang akan kami buat dan usaha serta doa tidak pernah jemu.  Doakan  semoga kami berjaya serta diberkati..
Nama-nama untuk produk kami ialah:
1.  Wide Shawl AQ  Elsa
2.  Wide Shawl AQ Aiza
3.  Halfmoon AQ Kasih.
untuk lebih lanjut silalah ke page kami-Tudung dan Selendang afeeQa.
Jika ada masa, saya akan menulis lagi...

Saturday, October 26, 2013

Tudung dan Selendang afeeQa.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Sudah lama sepatutunya saya memuatnaik gambar tudung dan selendang yang boleh didapati di kedai kami.  Biasanya saya akan memasukkan dalam page di FB gambar-gambar terkini.  Ini adalah sebahagian tudung dan selendang yang terdapat di kedai afeeQa.

Selendang

Pahmina Glitter (27 x 79 inci)




Selendang Bunga (23 x 70 inci)









Selendang Net Bunga Besar (29 x 69 inci)






Selendang Net Bunga Kecil (29 x 69 inci)







Bermacam lagi yang boleh dilihat di page kami.  Jika berminat sialalh like page kami  disini.  



Saturday, October 12, 2013

Sudah ada page di Facebook

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Akibat terlalu sibuk, terlambat mengemaskini gambar untuk Tudung dan Selendang afeeQa.  Hari khamis baru-baru ini kami sudah siap membuat Facebook page.  Seandainya ada masa silalah ikuti page kami.  Jika ada keluaran terbaru, semuanya akan dikemaskini di page tersebut.  Klik disini, untuk page tersebut.  

Tuesday, September 17, 2013

Kemaskini

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya mengumumkan alamat kedai dan nombor untuk dihubungi bagi tujuan bisnes ini.  Beberapa hari lagi saya akan mengumumkan nombor akaun saya bagi tujuan transaksi dalam talian bagi pembelian tudung atau selendang.  Gambar-gambar juga akan dimuatnaik untuk pilihan tetapi seandainya berada di kawasan berhampiran silalah berkunjung ke kedai kami.  Semoga Allah memberkati perniagaan ini.  Amiin.

Thursday, August 29, 2013

Semoga Allah merestui..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini secara rasminya saya membuat blog untuk jualan tudung dan selendang.  Walaupun sudah beroperasi sejak 5 Ramadhan, susah betul  untuk memilih nama bagi kain tudung dan selendang ini.  Nama yang bersesuaian.  Akhirnya setelah penat berfikir, inilah hasilnya.  Kedai Tudung dan Selendang afeeQa di bawah Syarikat kami yang berdaftar iaitu KM Berkat Maju (KT 0312703-H).  Semoga ianya kekal abadi.  Amiin.