Pages

Thursday, December 26, 2013

Warna untuk 2014

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..
Sudah lama tidak menjengah, maklumlah agak sibuk sedikit.  Nampaknya 2013 akan meninggalkan kita tidak lama lagi.  Bagi tahun 2014, sebuah syarikat antarabangsa iaitu Pantone ada meramalkan warna pilihan untuk 2014 adalah Radiant Orchid atau Purple..Untuk mengetahui  lebih lanjut sila klik Pantone disini. Mereka yang suka akan warna purple pasti suka...



Saturday, October 26, 2013

Tudung dan Selendang afeeQa.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Sudah lama sepatutunya saya memuatnaik gambar tudung dan selendang yang boleh didapati di kedai kami.  Biasanya saya akan memasukkan dalam page di FB gambar-gambar terkini.  Ini adalah sebahagian tudung dan selendang yang terdapat di kedai afeeQa.

Selendang

Pahmina Glitter (27 x 79 inci)




Selendang Bunga (23 x 70 inci)









Selendang Net Bunga Besar (29 x 69 inci)






Selendang Net Bunga Kecil (29 x 69 inci)







Bermacam lagi yang boleh dilihat di page kami.  Jika berminat sialalh like page kami  disini.  



Saturday, October 12, 2013

Sudah ada page di Facebook

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Akibat terlalu sibuk, terlambat mengemaskini gambar untuk Tudung dan Selendang afeeQa.  Hari khamis baru-baru ini kami sudah siap membuat Facebook page.  Seandainya ada masa silalah ikuti page kami.  Jika ada keluaran terbaru, semuanya akan dikemaskini di page tersebut.  Klik disini, untuk page tersebut.  

Tuesday, September 17, 2013

Kemaskini

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya mengumumkan alamat kedai dan nombor untuk dihubungi bagi tujuan bisnes ini.  Beberapa hari lagi saya akan mengumumkan nombor akaun saya bagi tujuan transaksi dalam talian bagi pembelian tudung atau selendang.  Gambar-gambar juga akan dimuatnaik untuk pilihan tetapi seandainya berada di kawasan berhampiran silalah berkunjung ke kedai kami.  Semoga Allah memberkati perniagaan ini.  Amiin.

Saturday, September 7, 2013

Pilihan jenis tudung mengikut umur.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Setelah hampir 3 bulan menjalankan perniagaan tudung dan selendang ini saya dapati ada pelbagai pilihan tudung mengikut umur.
1.  Kategori Muda.
Bagi kategori ini, mereka lebih suka kepada tudung jenis Bawal, Half Moon, Shawl dan Selendang.  Mereka kurang meminati tudung siap ini kerana mereka mengatakan seperti orang tua.  Itu kebanyakkan pendapat mereka.  Yalah, pada usia ini mereka masih lagi mempunyai masa yang lebih untuk mengikat tudung seperti Shawl atau Selendang.
2.  Kategori Pertengahan dan Seterusnya.
Bagi kategori ini, mereka lebih suka kepada tudung yang siap dipakai contohnya seperti tudung Fareeda dan seangkatan dengannya.  Pada waktu ini, masa sangat mencemburui mereka kerana ada anak-anak dan komitmen yang perlu diselesaikan dengan pemakaian tudung yang ringkas tetapi elegan.  Senang untuk disarung dan tidak perlu digosok.  Betul tak?

Walau apapun kategori kita, perlu kita ingat sebab utama kita bertudung atau berhijab ialah untuk menutup aurat.  Dengan sendiri ia akan mempengaruhi tudung kita.  Jika salah pendapat saya, maaf banyak.

Thursday, August 29, 2013

Semoga Allah merestui..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini secara rasminya saya membuat blog untuk jualan tudung dan selendang.  Walaupun sudah beroperasi sejak 5 Ramadhan, susah betul  untuk memilih nama bagi kain tudung dan selendang ini.  Nama yang bersesuaian.  Akhirnya setelah penat berfikir, inilah hasilnya.  Kedai Tudung dan Selendang afeeQa di bawah Syarikat kami yang berdaftar iaitu KM Berkat Maju (KT 0312703-H).  Semoga ianya kekal abadi.  Amiin.